Saturday, 16 April 2011

KaWaD KaKi sek0lah..

Tahniah kepada sumer ahli kawad kaki PBSM, krna mendapat juara dlm peringkat z0n, dan lepas nih di0rang akn melangkah ke peringkat negeri...harap di0rang akan dpt juara lagy....berd0a jer laa...dan kpd ahli kawad yg x berjaya tuh, jangan la menangis ( kerek giler )...bleh cuba lagy ta0n depan..hihihihihi...xper, ta0n depan  turn AreMer plak utk sertai kawad kaki BOMBA..!! :D AreMer akn pastikan BOMBA menang ta0n depan !!         ( lambat lagy la der )...haha..:)

Sifat Kemaafan Dalam ISLAM...

BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.
.
Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)


Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

K0nsep Sabar Menurut ISLAM..

Menurut syariat Islam........
Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu
keadaan yang tidak disenangi oleh manusia
serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.

Terdapat lima tahap kesabaran yang perlu
diamalkan oleh umat Islam....
  

i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika
berperang menghadapi musuh atau
berjuang menjalankan dakwah Islam
kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu
menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau
ujian penderitaan seperti Allah memberi
ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam
kehidupan seperti pendapatan yang
semakin berkurangan, tanggungan yang
semakin ramai dan harta benda hilang
dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan
supaya berwaspada menggunakan
kesenangan yang ada untuk dibelanjakan
pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang
diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan
Ramadan dan kesabaran meninggalkan
segala amalan yang diharamkan oleh
Allah seperti memfitnah dan mengumpat
orang lain.....


Kepentingan sifat sabar kepada
seseorang Islam dan masyarakat Islam.

i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam
menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan
diri yang berterusan dan tidak mudah
putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha
untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah
kerana mereka mengetahui bahawa

Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:

i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa
kerana dia menginsafi bahawa semua
yang berlaku adalah daripada ketentuan
Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan
reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu
masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.



Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah:

i) Mereka akan melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan syariat Islam ketika
menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa
ke atas takdir dan ketentuan Allah yang
diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah
SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan
yang pernah dilakukan pada masa
lalu....

Dua sebab Allah menurunkan
pelbagai ujian kepada manusia.

i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar
ikhlas beriman kepada Allah dan
bagi memastikan golongan yang purapura
beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah di dalam mencipta
alam ini.

Di dalam menghadapi ujian Allah terdapat
cara yang berbeza dilakukan oleh
orang beriman dengan orang yang kufur.
 

Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman
ketika menjalani ujian Allah ialah...
..
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang
dan tabah.


Tindakan yang dilakukan oleh orang yang
kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:

i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan
menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah
kerana mereka berpendapat Allah tidak
menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan
kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya
dapat diselesaikan dengan apa
cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah
musnah dan kehidupannya tidak berguna
lagi....

Friday, 15 April 2011

'JaHaT' ...XD

Semalam, bersamaan 15 ary bulan...RMer bru jer balik dary asrama dgn menaiki KTM..sama ngan kwn ..masa nak tunggu ayah dye dtg(tumpang) XD, ada la s0rang wanita nih dtg kat RMey pastuh dyer nak tanya s0alan....s0alan dyer pelik2 jer...'seram' bt0l..bila ayah kwn RMey dah sampai, amir p0n trus beredar tanpa menjawab s0alan 'wanita' tersebut..kihkihkih..Kesian plak 0rang teng0k dyer dary jauh, tergelak p0n ada gak.. ( nakal )..lagyp0n masa tuh 0rang nak cepat, sampai x sempat nak jawab s0alan dye( wanita ) tuh... . ...

Pintu Taubat Sentiasa terbuka..

Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:


مَنْ تَابَ اِلَى اللهِ قَبْلَ اَنْ يُغَرْغِرَ قَبِلَ اللهُ مِنْهُ.

“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.



مَنْ تَابَ قَبْلَ اَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ.

“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”.

Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.

Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.

Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Letihnya badan nih..

haaa,, alhamdullillah, akhirnya siap jgak Blog yg dibuat Amir....ni laa hasilnya...hasil tangan dan jari utk 'create' Bl0gger nih...Amir buat dary k0l 6 petang sampai skang...huuiiishhh...letih nak mampoi...badan dary tady asyik bongkok jer...(abis la, jady Si B0ngkok la aq)...okeyh, skang nih, badan pon dah letih, jary pon dah lenguh,skang nih Mir mau rest kan sumer yg sakit2 tuh...es0k sambung buat lagy yg bl0m complete tuh...okeyh..assalamualaikum, awak (ceh2, ayat aq)..:D